Wayne Rooney Dipecat Kelab Divisyen Dua England
Eropah
Birmingham City FC
Advertisements

Legenda England, Wayne Rooney terpaksa menelan kepahitan apabila dipecat kelab Liga Kejohanan (divisyen dua England), Birmingham City.

Keputusan ini diumumkan pengurusan The Blues susulan prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Kejohanan.

Ketika ini, Birmingham City berada pada kedudukan ke-20 dengan 28 mata, tiga mata dipisahkan dengan Sheffield Wednesday yang menduduki kedudukan ke-18.

Advertisements

Keputusan ini dibuat selepas The Blues kalah lagi buat kali kesembilan di mana mereka tewas 3-0 kepada Leeds United semalam.

“Kita komited melakukan apa yang diperlukan untuk membawa kejayaan ke St. Andrew’s. Malangnya tempoh Wayne (Rooney) bersama kita tidak berjalan seperti dirancang dan kita telah memutuskan untuk pergi ke haluan berbeza.

“Pencarian pengurus baru akan bermula dengan segera dan kita akan memaklumkan penyokong bila kita ada berita seterusnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Birmingham City, Garry Cook dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab.

Advertisements

Rooney dibawa masuk ke St. Andrew’s menggantikan pengurus sebelumnya, John Eustace pada Oktober lalu meskipun berjaya membimbing kelab ke kedudukan keenam Liga Kejohanan.

Rooney diharap dapat memperkukuh cabaran The Blues untuk mencabar kelayakan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim hadapan tetapi tidak berhasil.

Dalam 15 perlawanan, bekas jurulatih D.C. United itu hanya menang dua kali, seri empat kali dan kalah sembilan kali.

Advertisements

Steve Spooner diberi tanggungjawab sebagai pengendali interim sementara pengurusan The Blues menilai siapa calon yang dapat menstabilkan semula pasukan.

Antara nama-nama yang dicanang bakal menggantikan Rooney di St. Andrew’s ialah bekas pengurus Nottingham Forest, Steve Cooper, bekas pengurus Leeds, Jesse Marsch, Eustace dan pengurus England Bawah 21 Tahun (B-21), Lee Carsley.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram