Advertising
Wayne Rooney: Pemain Man United Yang Cedera Sebenarnya Tak Mahu Bermain
Eropah
MakanBola
Birmingham City FC

Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney telah menuduh para pemain United yang mengalami kecederaan sebenarnya tidak mahu bermain untuk kelab.

Kritikan pedas tersebut dilontarkan oleh Rooney setelah tamat perlawanan yang menyaksikan Manchester United tumpas di laman sendiri kepada Arsenal hasil jaringan Leandro Trossard.

Ad

United mengalami masalah kecederaan pemain yang luar biasa pada musim ini sehinggakan Erik Ten Hag terpaksa meletakkan Casemiro sebagai pemain pertahanan tengah pasukan dalam beberapa aksi liga.

Ad

Malah pemain seperti Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Luke Shaw dan Mason Mount turut tidak beraksi dalam perlawanan menentang Arsenal semalam.

“Pemain-pemain United harus mencermin diri mereka ketika ini. Apabila ada jurulatih menegur tentang sikap pemain dalam temu bual, itu adalah satu penghinaan besar.”

Ad

“Jika saya tahu jurulatih saya berkata sebegitu, saya tidak akan membiarkannya sehingga ke penghujung musim. Saya rasa ada pemain United yang sekadar ingin menamatkan musim dan saya bersimpati dengan Ten Hag.”

Ad

“Jika lihat senarai kecederaan, beberapa pemain sebenarnya boleh bermain. Saya yakin 100% kerana kamu ada kejohanan Euro dan final Piala FA yang akan datang. Tetapi pemain kelihatan sedikit selesa kerana mereka dikecualikan dan perlu bersedia untuk final Piala FA dan Euro 2024 saja.”

Ad

“Saya merasakan pemain yang tercedera tak mahu mengambil tanggungjawab itu dan akhirnya jurulatih yang harus menanggung semua itu.” jelas Rooney.

Bekas kapten pasukan Manchester United, Roy Keane turut bersetuju dengan kata-kata Rooney dan menambah bahawa pemain sekarang tidak bersungguh-sungguh untuk kembali bermain.

“Benar, ini bukan petanda bagus. Saya berharap pemain yang cedera akan segera ingin kembali bermain. Rakan sepasukan saya dulu apabila mereka tercedera, mereka cuba untuk pulih dalam seminggu dan kembali bermain.”

“Ramai pemain sekarang apabila mereka cedera, mereka tak ingin segera kembali bermain. Saya rasa itu jelas berlaku dalam mana-mana pasukan sekarang.” tambah Keane lagi.

Manchester United kini berada ditangga ke-8 liga setelah mengalami 14 kekalahan dan peluang untuk beraksi di pentas Eropah pada musim hadapan kelihatan telah terkubur.