Pemain sayap Australia, Dylan Wenzel-Halls semakin menunjukkan bisanya bersama pasukan utara tanah air, Penang FC.
Ini selepas Front Page Football memaklumkan bekas pemain Central Coast Mariners (CCM) itu sudah merekodkan 20 sumbangan gol buat Sang Harimau Kumbang.
13 daripadanya merupakan gol yang dijaringkan Wenzel-Halls dalam semua kejohanan musim ini. Ini termasuk gol dalam aksi final pertama MFL Challenge Cup baru-baru ini.
Angka ini cukup signifikan buat Wenzel-Halls. Ini kerana berdasarkan semakan statistik di Transfermarkt, beliau tidak pernah merekodkan angka dua digit dari segi gol.
Rekod terbaik Wenzel-Halls ialah tujuh gol ketika bersama Brisbane Roar dalam saingan A-League musim 2020/21.
Lebih menarik, beliau turut merekodkan 15 bantuan gol sepanjang bersama Penang dalam 51 penampilan.
Ini kali pertama Wenzel-Halls merekodkan angka dua digit dari segi bantuan gol dalam kariernya. Rekod terbaik sebelumnya ialah lima bantuan gol ketika bersama Brisbane Roar.
Perkongsian statistik Front Page Football berkenaan sumbangannya bersama Penang turut mendapat respon daripada Wenzel-Halls. Beliau meninggalkan dua simbol di X sebagai tanda penghargaan kepada akaun berkenaan.