World Tour Finals: Liu Yuchen & Ou Xuangyi Tamatkan Cabaran Aaron Chia & Wooi Yik
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tersingkir daripada World Tour Finals (WTF) 2023 hari ini.

Ini selepas regu China, Liu Yuchen dan Ou Xuangyi berjaya mengatasi cabaran mereka dalam aksi kedua Kumpulan A kategori regu lelaki.

Perlawanan hari ini dianggap perlawanan mesti menang sekiranya mereka mahu layak ke separuh akhir WTF 2023.

Advertisements

Aaron-Wooi Yik memiliki keyakinan terhadap Yuchen dan Xuangyi kerana pernah mengatasi regu nombor lapan dunia itu dalam aksi suku akhir Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China.

Set pertama menyaksikan regu China meraih pendahuluan awal disebabkan beberapa kesilapan mudah yang dilakukan mereka.

Advertisements

Aaron-Wooi Yik berjaya mengejar sebelum mendahului pada kedudukan 16-13. Biarpun Yuchen-Xuangyi cuba menyekat kemaraan mereka, juara dunia 2022 itu meraih kemenangan dengan keputusan 21-19.

Set kedua menyaksikan kedua-dua regu saling merebut mata sebelum Aaron-Wooi Yik meraih kelebihan pada kedudukan 10-5.

Advertisements

Juara Terbuka Hylo 2023 itu berusaha menyekat regu negara daripada melebarkan kelebihan mata mereka.

Dan itu berjaya dilaksanakan Yuchen-Xuangyi dengan meraih kemenangan 21-18 dalam set kedua. Ini memaksa perlawanan diheret ke set ketiga.

Advertisements

Set ketiga menyaksikan kedua-dua terus bersaing mendapatkan mata sebelum Aaron-Wooi Yik meraih kelebihan pada kedudukan 11-10.

Aaron-Wooi Yik dan Yuchen-Xuangyi terus memberi saingan sengit sehingga kedua-dua regu terikat 20-20. Akhirnya, regu China itu menang dengan keputusan 23-21.

Ini menjadikan perlawanan Aaron-Wooi Yik yang seterusnya dengan regu China, Liang Weikang dan Wang Cheng esok sebagai perlawanan menentukan posisi akhir mereka dalam Kumpulan A.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram