Wrexham Naik Pangkat Ke League One
Eropah
Wrexham AFC
Advertisements

Peminat rancangan realiti Welcome to Wrexham bersorak apabila pasukan dari utara Wales itu berjaya layak ke saingan League One (divisyen ketiga England) musim hadapan.

Kejayaan ini dicapai selepas anak buah Phil Parkinson membelasah Forest Green Rovers 6-0 dalam aksi terbaru League Two (divisyen keempat England) semalam.

The Red Dragons bukan saja perlu menang ke atas Forest Green di Racecourse. Pada masa sama, mereka memerlukan dua lagi pencabar, MK Dons dan Barrow tewas kepada lawan masing-masing.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Wrexham mendahului 4-0 menerusi Elliot Lee, dua gol Paul Mullin dan gol sendiri Ryan Innis.

Babak kedua menyaksikan The Red Dragons kekal tanpa dicabar dengan dua lagi gol menerusi Ryan Barnett dan Jack Marriott.

Kenaikan pangkat Wrexham ke League One sah apabila pencabar mereka, MK Dons tewas kepada Mansfield dan Barrow dibelasah 3-0 oleh Gillingham.

Advertisements

Bagi bintang Hollywood dan pengerusi bersama Wrexham, Ryan Reynolds, pencapaian ini merupakan satu pencapaian hebat buat pasukan itu.

“Beberapa tahun lepas, jika anda beritahu saya bahawa saya akan menitiskan air mata kegembiraan kerana perlawanan bola sepak yang berlangsung di utara Wales, anda sebenarnya (pengerusi bersama kelab) Rob McElhenney.

“Tahniah kepada Wrexham dan rakan kongsi dan pengerusi bersama saya. Kenaikan berganda buat bandar ini! Ini pengembaraan terhebat dalam kehidupan kita,” katanya di X.

Advertisements

Ini kali pertama Wrexham bersaing di League One sejak tahun 2003. Mereka mengiringi pendahulu League Two, Stockport naik pangkat ke divisyen sama musim depan.

Stockport turut mengesahkan kenaikan pangkat ke League One dengan mengalahkan Morecambe 2-0 semalam.

Kini, yang tinggal ialah siapa yang bakal menjuarai League Two. Stockport masih dianggap pilihan utama dengan Wrexham dan Mansfield kini berebut slot tempat kedua.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram