WSL: Man City ‘Ratah’ Tottenham Hotspur 7-0
UltraSukan
Manchester City
Advertisements

Pasukan wanita Man City membuktikan mereka dominan seperti skuad lelaki dengan membelasah Tottenham Hotspur 7-0 dalam aksi terbaru WSL hari ini.

Selepas diikat 1-1 oleh Leicester City pada 19 November lalu, Spurs berharap dapat bangkit untuk aksi kali ini.

Sementara City pula mahu meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan musuh setempat, Manchester United 3-1 pada minggu lepas.

Advertisements

Khadija Shaw terus membuktikan dirinya berbisa di depan gol dengan menyumbat tiga gol pada babak pertama.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad wanita Jamaica itu menyumbat gol pada minit ke-23, 32 dan 38. Keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, pasukan pelawat tiada jawapan kepada ketajaman jentera serangan The Citizens.

Advertisements

Lauren Hemp dan Jill Roord masing-masing menyumbat gol pada minit ke-48 dan 53 bagi membolehkan City mendahului 5-0.

Laura Coombs melengkapkan malam gemilang City dengan dua lagi gol pada minit ke-59 dan 96. Keputusan ini membantu mereka memperkukuh cengkaman di tangga ketiga liga dengan 16 mata.

Manakala Spurs pula berada di tangga keenam WSL dengan 12 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram