Selangor membuka saingan kumpulan A Women Super League (WSL) dengan kekalahan kepada MBSJ FC pada Sabtu.
MBSJ yang mencatatkan kemenangan minggu lalu ke atas MBPJ turun berdepan Selangor yang hadir bagi aksi pertama mereka.
MBSJ bermula garang dengan mendahului seawal minit keempat menerusi penyerang tumpuan, Intan Sarah yang menyudahkan hantaran lolos cantik dari rakan sepasukan.
Jaringan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama, MBSJ FC 1-0 Selangor FC Women.
Bersambung babak kedua, Selangor terus memperkemas jentera serangan dan berhasil menyamakan kedudukan menerusi tandukan Nurin Umairah hasil sepakan sudut pada minit ke-42.
Kapten MBSJ FC, Steffi Sarge meletakkan pasukannya kembali di depan menerusi sepakan percuma yang menewaskan penjaga gol Selangor, Noorasyeimah Rashid pada minit ke-67.
Intan Sarah sekali mencipta nama sebagai penjaring apabila mudah menyempurnakan hantaran rakan sepasukan untuk memastikan kemenangan memihak juara bertahan itu.
Tamat aksi, MBSJ 3-1 Selangor.
Keputusan ini menyaksikan MBSJ kini mendahului kumpulan A buat sementara waktu dengan 6 mata manakala Selangor masih tidak berjaya mengutip sebarang mata hasil satu perlawanan.