Xavi Dah Jumpa Pengganti Lionel Messi
Eropah
Goal / Marca
Advertisements

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez kini sudah menjumpai bakat luar biasa dari Argentina yang mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Lionel Messi sejak meninggalkan Barcelona pada Ogos 2021.

Pemain yang dimaksudkan adalah bintang muda River Plate yang merupakan anggota skuad bawah 17 tahun Argentina, Claudio Echeverri.

Sebelum ini, ESPN melaporkan Barcelona berminat untuk mendapatkan khidmat Echeverri namun berdepan saingan dengan beberapa kelab lain yang turut berminat seperti Manchester City dan Paris Saint Germain (PSG).

Advertisements

Namun begitu, Echeverri menegaskan bahawa minat beliau kini adalah untuk menyarung jersi Barcelona memandangkan beliau sangat meminati idola beliau iaitu Lionel Messi.

“Seperti River Plate, saya juga mahu beraksi untuk Barcelona. Saya adalah peminat tegar Lionel Messi dan saya menyaksikan beliau beraksi di sana (Barcelona). Jadi, pasukan itu adalah pasukan yang saya ikuti sejak saya kecil,” jelas Echeverri seperti dilaporkan Goal.

Bagi Xavi, beliau menganggap Echeverri sebagai salah satu bakat hebat yang mampu mengubah situasi dalam sesebuah perlawanan.

Advertisements

“Pemain itu (Echeverri) adalah satu bakat. Di sebalik hatrik yang dia lakukan ketika menentang Brazil (ketika Piala Dunia B17), dia mampu mengubah perlawanan tapi terpulang kepada pasukan pemantau bakat untuk menilai,” jelas Xavi.

Barcelona kini menghuni tangga keempat La Liga dengan mengumpul 34 mata selepas 16 perlawanan. Mereka dibezakan 7 mata dengan pendahulu liga, Girona FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram