Bagai Sirih Pulang Ke Gagang, Xavi Kini Jurulatih Barcelona Yang Baharu
Eropah
fc barcelona
Advertisements

Barcelona telah mengesahkan bahawa Xavi Hernandez akan kembali ke Nou Camp dan menggantikan Ronald Koeman yang telah dipecat susulan prestasi buruk pasukan.

Barcelona mengumumkan pada awal pagi Sabtu bahawa Xavi telah bersetuju dengan kontrak sehingga tahun 2024. Bekas pemain tengah Sepanyol itu bersetuju melepaskan kontraknya di kelab Qatar Al-Sadd selepas perbincangan bersama pemilik kelab tersebut.

“FC Barcelona telah mencapai kata sepakat dengan Xavi Hernandez yang membolehkan beliau menjadi jurulatih pasukan utama untuk baki musim ini dan dua musim akan datang,” kata Barcelona dalam satu kenyataan yang bertajuk “Selamat pulang, Xavi!”

Advertisements

Xavi akan diumumkan secara rasmi pada hari Isnin ini dan perlawanan pertamanya ialah derbi Catalan di Nou Camp menentang Espanyol pada 20 November. Jurulatih sementara Sergi Barjuan memimpin pasukan untuk perlawanan menentang Celta Vigo semalam yang berkesudahan seri 3-3.

Barcelona kini terperosok di tangga ke-9 liga dengan hanya 4 kemenangan dari 12 perlawanan. Mereka dibezakan 10 mata dengan pendahulu liga yang juga merupakan seteru utama mereka, Real Madrid.

Ronald Koeman sebelum ini melakukan beberapa ‘pembersihan’ dengan kenyataan tegas dan melepaskan beberapa pemain bintang ingin membina Barcelona dari bawah namun semuanya seperti tidak menjadi dengan deretan keputusan perlawanan yang teruk.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram