Advertising
Yeoh Kay Bin Sah Jurulatih Baharu Lee Zii Jia
UltraSukan
Team LZJ

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sah mengumumkan Yeoh Kay Bin selaku ketua jurulatih beliau.

Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran media sosial Team Lee Zii Jia yang memaklumkan ketibaan Kay Bin selaku jurulatih baharu buat pemain berusia 26 tahun itu.

“Sila sambut kedatangan Ketua Jurulatih baharu kami, Encik Yeoh Kay Bin,” umum Team LZJ di laman X.

Ad

“Kay Bin, seorang bekas pemain antarabangsa Malaysia, membawa pengalaman luas dalam kejurulatihan di peringkat tempatan dan antarabangsa.”

Ad

“Beliau menyertai pasukan untuk meneruskan kemajuan Lee Zii Jia ke fasa seterusnya dalam kariernya.”

Untuk rekod, Kay Bin merupakan bekas pemain negara dan pernah memenangi pingat gangsa di Kejuaraan Asia pada tahun 2007 selain menduduki ranking ke-12 dunia suatu ketika dahulu.

Ad

Selain itu, Kay Bin juga memiliki pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan apabila pernah menjadi pembantu jurulatih Li Mao ketika di pasukan kebangsaan China selama 7 tahun.

Malah, beliau juga sebelum ini menjadi jurulatih bagi salah satu pusat akademi badminton di tanah air, New Vision Academy Badminton.

Kay Bin bakal mengambil alih tempat Wong Tat Meng yang mengumumkan perpisahan bersama Lee Zii Jia setelah 17 bulan membimbing dan membawa pemain negara itu meraih pelbagai kejayaan.