Advertising
Yokohama SCC Raih Kemenangan Bergaya Tanpa Luqman Hakim
MakanBola
YSCC
Sponsors

Kelab Luqman Hakim Shamsudin, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama dalam liga musim ini.

Pasukan yang dibimbing Kazuki Kuranuki itu meraih kemenangan ke atas Fukushima United dalam aksi terbaru J3 League hari ini.

Ad

Selepas berada dalam kelompok tercorot liga, Yokohama SCC perlu segera meraih kemenangan pertama dalam liga.

Ad

Malangnya, kelab itu turun tanpa khidmat Luqman. Ini kerana beliau ketika ini menyertai skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) untuk persiapan kempen Piala Asia B-23 2024.

Meskipun tempang tanpa kelibat penyerang pinjaman dari KV Kortrijk itu, Yokohama SCC tampil garang pada babak pertama.

Ad

Pasukan pelawat berusaha mengatur serangan ke atas kubu Fukushima United. Malangnya, setiap gerakan mereka berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah diketuai penjaga gol, Kenshin Yoshimaru.

Ad

Kecekapan Yoshimaru mengawal gawang Fukushima memastikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Yokohama SCC terus meningkatkan tekanan ke atas kubu pertahanan tuan rumah.

Akhirnya, gol yang dicari mereka muncul pada minit ke-53 menerusi bek tengah berdarah Jepun-Kanada, Shawn Tyler Nozawa van Eerden.

Fukushima cuba bangkit mendapatkan gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan mereka melonjak ke tangga ke-16 liga selepas tujuh perlawanan dengan enam mata.

Selepas ini, mereka berdepan Kamatamare Sanuki untuk aksi liga seterusnya pada 7 April ini.