Youcef Atal Dipenjara & Didenda Kerana Sokong Palestin
Eropah
Youcef Atal
Advertisements

Pemain kebangsaan Algeria, Youcef Atal telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan oleh mahkamah Perancis.

Beliau pada semalam turut dikenakan denda sebanyak 45,000 Euro iaitu bersamaan RM228,149 atas sebab menyatakan sokongan secara terbuka kepada Palestin. Atal didakwa mencetuskan kebencian kerana menzahirkan segala kekejaman Israel terhadap Palestin.

Bek kanan pasukan Nice yang beraksi di Ligue 1 ini juga telah digantung oleh kelab dan dikecam teruk di Perancis. Pada Oktober lalu, Atal mula memuat naik beberapa hantaran di laman media sosial yang menzahirkan solidariti kepada Palestin sebaik sahaja Israel memulakan serangan kepada orang awam di Palestin.

Advertisements

Menurut laman ESPN, Persatuan Liga Antarabangsa menentang Perkauman dan Anti-Semitik (LICRA) dan juga Pemantau Yahudi Perancis telah menfailkan dakwaan ke atas Atal. Dakwaan inilah yang menyebabkan Atal dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan denda 45,000 Euro.

Atal bagaimanapun masih diberi peluang untuk kemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram