Yunus Alif Buat PDRM Sukar Digugat
MakanBola
PDRM FC

Selepas dua perlawanan, PDRM FC tampak sukar digugat di bawah kendalian bekas jurulatih Sri Pahang FC, Dato’ Yunus Alif.

Selepas mengejutkan Selangor FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia, giliran Penang pula jadi mangsa The Cops. Pasukan pelawat yang dibimbing Chong Hee Fat itu tunduk 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ semalam.

Penang ketinggalan menerusi gol sendiri Ousmane Fane pada minit ke-36. Derita pelawat terus bertambah apabila James Okwousa dan Bruno Suzuki masing-masing menambah gol pada minit ke-75 dan 93.

Ad

Apa yang menarik ialah PDRM bukan saja kekal mantap dari segi disiplin pertahanan di bawah pemantauan Yunus. Malah, beliau memastikan para pemain sentiasa tajam bila peluang menjaringkan gol terhidang.

Ad

Keadaan ini menyebabkan barisan pertahanan Harimau Kumbang diketuai Rafael Vitor berdepan kesukaran mengekang asakan pemain-pemain tuan rumah.

Atas sebab itu, tidak hairanlah penganalisis bola sepak bebas, Juan Budiman melabel kemenangan PDRM semalam sebagai kelas pakar Yunus.

Ad
Ad

Sekiranya rentak ini diteruskan ditambah dengan kelebihan dua perlawanan dalam tangan, tidak mustahil Sang Saka Biru boleh mengejar KL City FC yang ketika ini menduduki tangga ketujuh liga.

Selain itu, prestasi memberangsangkan dalam liga dianggap tonik terbaik buat PDRM apabila turun beraksi dalam Piala Cabaran MFL nanti.