Yunus Alif Jurulatih Baru PDRM
Liga Super
@realmuliafc
Advertisements

PDRM FC akhirnya berjaya mencari pengganti jurulatih sebelumnya, Azzmi Aziz dengan membawa masuk legenda bola sepak negara, Dato’ Yunus Alif.

Pengumuman ini dibuat Sang Saka Biru menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini. Sebelum ini, nama Yunus sudah dikaitkan dengan kerusi panas PDRM FC menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Ini merupakan tugas kejurulatihan pertama beliau dalam tempoh lapan tahun. Kali terakhir Yunus menggalas peranan sebagai jurulatih ialah pada 2015 untuk pasukan Real Mulia.

Advertisements

Beliau pernah mencipta sejarah tersendiri sebagai jurulatih termuda menjulang kejuaraan liga. Berdasarkan perkongsian penganalisis bola sepak bebas, Juan Bapakaw, Yunus menjulang kejuaraan liga pada usia 37 tahun bersama Sri Pahang FC pada 1995.

Orang yang paling hampir memecahkan rekod tersebut ialah bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Benjamin Mora. Mora meraih kejuaraan Liga Super pada 2019 semasa berusia 40 tahun.

Pernah aktif sebagai pemain kebangsaan dari 1978 hingga 1987, adik kepada seorang lagi legenda negara, Datuk Abdah Alif pernah melatih Terengganu FC, Penang FC, Perlis dan Proton FC.

Advertisements

Sebagai menghargai jasanya kepada bola sepak negara dan negeri Pahang, Yunus menerima darjah kehormat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram