Advertising
Yusri Che Lah Anggap Kemenangan Perak Bukan Kerana Nasib
MakanBola
Perak FC

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menegaskan bahawa kemenangan pertama pasukannya pada malam tadi bukan kerana nasib. 

Beliau akui tidak mampu berbuat apa-apa dengan kata-kata atau dakwaan yang dilontarkan oleh para peminat. Namun, beliau percaya setiap keputusan perlawanan adalah ketentuan daripada tuhan.

Ad

Derbi Utara’ milik Perak selepas menewaskan Kedah dengan jaringan dua gol tanpa balas. Kemenangan pertama diraih oleh skuad kendalian Yusri Che Lah dalam aksi Liga ditempat lawan. 

Ad

“Saya memberitahu para pemain saya ketika tewas kepada PDRM, dalam bola sepak orang boleh cakap 1001 perkataan nasib dan sebagainya. 

“Tapi saya tidak percaya pada nasib. Kalau Allah telah meletakkan kalah pasukan kita, kita perlu yakin dan percaya itu adalah ketentuan untuk kita.

Ad

“Jadi tidak timbul nasib, apa jua permainan kita malam ini bukan berdasarkan nasib ianya berdasarkan apa yang kita persembahkan walaupun itu adalah mungkin strategi bertahan. Bukan saya mahu angkuh tetapi ini realiti,” kata Yusri Che Lah dalam sidang media selepas tamat perlawanan. 

Ad

Jurulatih berusia 48 tahun itu memetik kata-kata daripada seorang jurulatih terbaik dunia, Pep Guardiola yang menanggap tiada nasib dalam bola sepak. 

Ad

Dalam pada itu, beliau gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain kerana ianya perlawanan yang penting untuk memburu kemenangan sulung. 

“Saya mengambil kata-kata Pep Guardiola, didalam bola sepak tiada nasib. 

“Memang memberikan tekanan, namun pasukan Perak FC bangkit dengan semangat juang yang luar biasa. 

“Inilah bola sepak. Seandainya kita menggunakan peluang sebaik mungkin, ianya memihak kepada kita,” kata Yusri Che Lah dalam sidang media perlawanan.

Ketika ini, Perak menduduki tangga ke-6 berkongsi mata dengan PDRM dan Selangor.

Selepas ini, Perak akan menentang Terengganu pada 15 Jun ini bagi aksi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia sebelum hadapi Selangor bagi aksi Liga Super seterusnya, 23 Jun.