Ads
Yusri Che Lah: Cakap Lebih Kena Gantung
Liga Super
Perak FC

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah tidak mahu bercakap lebih kerana berisiko digantung.

Advertisements

Jurulatih muda itu memastikan The Bos Gaurus mencatatkan kemenangan ke atas Kelantan DN dengan keputusan 3-1.

Advertisements

Kejayaan itu bagaimanapun diburukkan apabila kapten Perak FC, Luciano Guaycochea dilayangkan kad merah pada masa kecederaan babak kedua.

Advertisements
Advertisements

Beliau dikesan cuba melewatkan permainan apabila tidak meneruskan lontaran bola sekaligus tertangkap oleh pengadil perlawanan, Muhammad Izzul Fikri.

Yusri Che Lah bagaimanapun berpuas hati dengan komitmen para pemain untuk terus berjuang meraih kemenangan kedua musim ini.

Advertisements

“Syukur, Allah memberikan kami kemenangan di saat Perak amat memerlukan. 3 mata penting dan juga penting untuk kita berada bersama pasukan di atas.

“Kita tidak bermain baik seperti sebelumnya tetapi inilah bola sepak. Kita cuba menggunakan peluang yang kita ada. Pemain yang dimaksudkan juga memberikan impak yang cukup bagus,” jelasnya kepada Astro Arena.

Yusri juga sukar menerima bahawa kehilangan tonggak Argentina itu menjelang aksi getir menentang Kuching City.

“Perak juga akan beraksi menentang Kuching City tanpa Luciano yang digantung dan sukar untuk digambarkan.

“Nanti kena gantung kalau cakap lebih tetapi hakikatnya begitu,” jelasnya.

Advertisements

Perak kini menghuni tangga ke-9 Liga Super dengan 6 mata sementara Kelantan DN di tangga kedua tercoror dengan 3 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram