Yusri Che Lah Sudah Ada Pelan Bersama Perak FC
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Jurulatih interim Perak FC, Yusri Che Lah sudah ada pelan permainan bagi membantu pasukan itu menambahbaik kedudukan dalam Liga Super.

Dalam empat perlawanan terakhir, The Bos Gaurus hanya kalah sekali dan merekodkan dua kemenangan. Ini termasuk kemenangan mengejut 3-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi Piala Malaysia.

Walaupun mengakui bukan mudah dengan majoriti pemain Perak FC ialah pemain muda, Yusri percaya pelan permainan yang digunakan mampu mengembalikan kecemerlangan pasukan.

Advertisements

“Bagi saya, sangat sukar dalam kelompok pemain yang baru (dan) yang muda. Dan bila saya ambil alih, saya ambil masa yang lama untuk melihat keserasian dan pemain mana yang patut diberi peluang dalam beberapa perlawanan awal.

“Sungguhpun begitu, saya masih yakin dengan pemain-pemain sedia ada, ditambah dengan dua pemain import dan dua pemain local (tempatan) baru yang masuk yang benar-benar memberi impak kepada kami dalam 2nd window (tetingkap perpindahan kedua) biarpun ketika itu, kita sudah tewas tiga perlawanan di bawah kendalian saya.

Advertisements

“Kemasukan empat pemain ini sudah serasi dengan pemain sedia ada dan taktikal yang saya gunakan dalam pasukan sememangnya atas kredibiliti dan ability (keupayaan) pemain-pemain sedia ada.

“Pemain yang ada ketika ini mampu melakukan sebaiknya dan keyakinan yang mereka tampilkan itu sebabkan sesuatu yang positif untuk pasukan,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Perak FC-Penang FC semalam.

Advertisements

Kecemerlangan The Bos Gaurus diharap dapat diteruskan dengan penyokong mengharapkan kemenangan dapat dilakar ke atas Harimau Kumbang malam ini di Stadium Perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram