Advertisement
Zainal Abidin: Jeonbuk Tak Ada Apa Yang Selangor Ada
ACL
MakanBola
Selangor FC

Lagenda Selangor, Zainal Abidin Hassan yakin pasukan Korea, Jeonbuk Hyundai tidak memiliki kualiti yang dibawa oleh pasukan tuan rumah.

Dua jaringan pantas oleh Haritu Haiqal dan juga Ali Olwan masing-masing pada minit ke-31 dan 33 sudah cukup untuk memberikan 3 mata buat Gergasi Merah.

Bekas pengendali Melaka United itu teruja dengan percaturan yang digunakan oleh pengendali, Nidzam Jamil yang mengambil pendekatan serangan balas pantas.

Hal ini membuahkan hasil selepas Jeonbuk Hyundai kelihatan bergelut untuk menutup ruangan kosong yang di

“Secara teknikalnya memang pemain Jeonbuk Hyundai lebih baik. Mereka boleh mengawal bola dan permainan. Akan tetapi, apa yang ada pada Selangor itu tidak ada pada Jeonbuk.

“Jadi, apa yang cuba digunakan oleh Nidzam Jamil untuk memanfaatkan transisi (serangan balas) itu menjadi,” katanya kepada Astro Arena.

Sungguhpun kawalan bola memihak kepada pasukan pelawat, Zainal yakin corak serangan balas pantas oleh Selangor berfungsi dengan begitu baik berdepan pasukan ke-26 Asia itu.

“Kalau nak ikut statistik, kawalan bola dan sebagainya maka Selangor tak terlawan dengan Jeonbuk kerana mereka begitu kemas. Walau bagaimanapun, pemain Jeonbuk tak ada naluri seperti tonggak Selangor.

“Lari mengejar bola pada ruang kosong dan saya rasa ini satu percaturan yang baik daripada pasukan Selangor,” tambahnya.

Selangor berjaya merekodkan 14 percubaan secara keseluruhan sungguhpun hanya memiliki 35 peratus penguasaan bola sepanjang permainan di Stadium MBPJ.

Selangor bakal berdepan satu lagi tugasan berat apabila bakal melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 27 Oktober ini.