Zainal Abidin: Kesalahan Perak Perlu Diterima Sepasukan
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Penyerang legenda negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan menyifatkan gol sendiri Perak FC berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.

Aksi pertama Liga Super membabitkan Terengganu FC dan Perak menyaksikan tuan rumah mendahului menerusi rembatan jarak jauh Nurillo Tukhtasinov pada babak pertama.

The Bos Gaurus kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti kapten, Luciano Guaycochea pada minit ke-61.

Advertisements

Malangnya, gol sendiri Shivan Pillay pada minit ke-67 dan gol Nnabuike Chijioke pada minit ke-80 memastikan pelawat pulang ke Ipoh tanpa sebarang mata.

Bagi Zainal, gol sendiri Shivan tidak sepatutnya berlaku dengan barisan pertahanan Perak perlu sedar setiap ancaman yang datang ke kubu pertahanan mereka.

Advertisements

Bila mereka lewat menyedari apa yang berlaku, itu menyebabkan panik dalam kotak penalti The Bos Gaurus hingga pemain berusia 23 tahun itu tertolak bola ke dalam gawang sendiri. Ini sekaligus memastikan skuad Peteh menggandakan kelebihan gol mereka.

Zainal menyifatkan kesilapan ini patut diterima para pemain sebagai satu pasukan bagi memastikan ini dapat diperbaiki menjelang aksi liga seterusnya.

Advertisements

“Ya, betul. (Barisan pertahanan Perak) agak leka di situ iaitu kesilapan pertama. Kesilapan kedua ialah membenarkan hantaran dibuat (ke dalam kotak penalti). Dan kesilapan ketiga ialah Haziq tertampan bola ke dalam gol sendiri.

“Bagi saya kalau Haziq lebih berhati-hati menyelamatkan keadaan dengan tidak menampan bola keluar, terkena kaki Shivan Pillay. Tapi (ada juga) baiknya Haziq. Sebab saya rasa hantaran itu menewaskan barisan pertahanan, cuma sedikit saja kesilapan itu berlaku. 

Advertisements

“Bagi saya, kesalahan patut diterima sepasukan,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Terengganu-Perak bersama Norshahrul Idlan Talaha di Astro Arena semalam.

Selain tewas 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, anak buah Yusri Che Lah juga bermain dengan 10 orang. Ini selepas Luiz Fernando Motta mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan semalam.

Selepas ini, Perak bakal berdepan cabaran PDRM FC di Stadium Perak untuk aksi liga seterusnya pada 18 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram