Liga Super
Psps Riau
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman hanya akan membayar gaji penuh para pemainnya sekiranya mereka mampu mencatatkan kemenangan seperti yang diminta.

Perkara ini telah disuarakan olehnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya selepas terdapat rungutan daripada para pemaij yang tidak dibayar gaji penuh dan juga bonus KPI setakat ini.

Menurut penjelasan Zamsaham, beliau akan membayar tunggakan tersebut sekiranya para pemain The Red Warriors mampu memberikan dua kemenangan bagi aksi berikutnya.

Advertisements

“Pasal pemain kena potong 50% dan tak dapat KPI. 10 kali kalah, satu kemenangan dan satu seri. No.13 dalam liga. Nak KPI penuh? Nak gaji penuh?”

“Berikan saya dua kemenangan dan 50% yang ditahan akan dibayar penuh. Anda ada komitmen dan saya juga ada komitmen. Berikan saya prestasi,” jelasnya dalam hantaran tersebut.

Zamsaham juga tidak akan teragak-agak untuk membuang para pemain yang gagal mempamerkan prestasi terbaik bersama Kelantan.

Advertisements

Beliau juga menzahirkan kekecewaan berhubung isu penjualan jersi disebabkan kerosakan dan sudah pun berhubung dengan pengurusnya untuk menyelesaikan perkara tersebut.

FED969CE 1662 47BE 9ECE A514E597F4FF Zamsaham Akan Bayar Gaji Penuh Pemain Jika Menang Perlawanan

Kelantan akan bertemu Kedah dan juga PDRM bagi dua aksi berikutnya untuk mencari kemenangan bermakna di Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram