Zamsaham Akan Tukar Frank Bernhardt Jika Tidak Capai KPI Ditetapkan
Liga Super
MakanBola
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman tidak ragu-ragu untuk memecat pengendali baharu, Frank Bernhardt sekiranya masih gagal mencapai KPI yang ditetapkan kepada pasukan.

Umum mengetahui bahawa The Red Warriors telah kehilangan ketua jurulatih, Choi Moon-sik selepas prestasi hambar yang ditunjukkan oleh pasukan.

Advertisements

Dalam satu temubual bersama Astro Arena, individu yang dikenali sebagai Zamsaham itu mahu melihat peningkatan prestasi di bawah pengendali baharu.

Malah, beliau yakin pengalaman Frank di Liga Super bersama UITM FC mampu dijadikan rujukan untuk terus memacu pasukan kesayangannya.

Advertisements

“Saya kata kepada Frank Bernhardt, kamu ialah jurulatih profesional, saya tahu kerja kami di UITM FC, jadi saya beri beliau sasaran pasukan dan harap beliau dapat capai.”

“Jadi kalau beliau tak capai KPI kita terpaksa tukar, normal, takkan tak capai saya buat bodoh je sampai habis perlawanan, jelas Zamsaham kepada Astro Arena.

Advertisements

Beliau memaklumkan bahawa antara syarat di dalam kontrak adalah pasukan tidak boleh tewas 5 perlawanan berturut-turut.

Beliau juga percaya kepada kualiti yang dimiliki oleh jurulatih bermula dari hari pertama beliau masuk ke dalam pasukan.

Advertisements

“Kalau jurulatih itu bagus hari pertama masuk dia boleh plan.”

Kelantan kini berada pada kedudukan ke-13 selepas 7 perlawanan selepas mencatatkan satu kemenangan sahaja setakat ini.

Advertisements

News Comments Account