Zamsaham Bakal Adakan Sesi Dialog Bersama Penyokong Setia Kelantan

Berita harisn Zamsaham Bakal Adakan Sesi Dialog Bersama Penyokong Setia Kelantan
Berita Harian
Alif Syazani @SyazaniAlif
11:20pm 14/02/2023

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham bakal mengadakan sesi dialog bersama penyokong setia Kelantan.

Berkemungkinan besar sesi perjumpaan akan diadakan di Kota Bharu seperti yang dinyatakan Zamsaham dalam satu ruangan komen di Facebook miliknya ketika menjawab persoalan daripada penyokong.

“InshaAllah, saya ingin bertemu penyokong Kelantan FC bagi sesi soal jawab,” katanya di Facebook.

“InsyaAllah di Kota Bharu.

Sesi soal jawab ini bukanlah kali pertama, namun konsistensi yang dibuat oleh pemilik kelab wajar diberi pujian kerana penyokong dapat mengikuti perkembangan pasukan dari musim ke musim.

Segala persoalan yang bermain di fikiran penyokong tentang perancangan skuad Kijang bagi musim 2023 ini bakal terjawab tidak lama lagi.

Skuad Kijang musim ini cukup serius dalam membangun pasukan. Kehadiran jurulatih baru daripada Korea Selatan, Choi Moon-sik serta kemasukan pemain import baru dalam pasukan memberi gambaran jelas mengenai pembangunan bola sepak Kelantan.