Advertising
Zamsaham Batalkan Niat Jual Kelantan
MakanBola
ZAMSAHAM

Selepas memberi tempoh seminggu kepada mana-mana pihak yang berminat mengambil alih Kelantan, tiada siapa pun yang menyahut cabaran Norizam Tukiman atau Zamsaham. Atas sebab inilah, beliau mengambil keputusan untuk terus kekal sebagai pemilik pasukan The Red Warriors (TRW) itu.

Ini kerana menurut beliau, ramai yang bersuara dan mengkritik tindakannya tetapi tiada yang sedia mengambil risiko untuk melancarkan pengambilalihan Kelantan. Selain itu, keputusan tersebut turut didorong oleh pertemuannya dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim beberapa hari lepas.

Ad

“Genap sudah tujuh hari (pada hari Selasa), yang bercakap dan komen ramai tetapi sayangnya tiada seorang pun yang nak ambil risiko keluar duit atau pendek cerita ambil alih sepenuhnya A – Z Kelab TRW Kelantan FC dari saya,

Ad

“Maka, selepas berjumpa dengan DYMM TMJ semalam, saya dapat semangat baru ,inspirasi untuk saya teruskan menerajui kelab ini dan buat yang terbaik. Mungkin tak sekelip mata tapi berperingkat dan berfasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Zamsaham juga turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Kelantan yang terus sudi menyokong pasukan berkenaan. Susulan pengumuman itu, ramai memberi komen positif dan berharap beliau dapat mengembalikan kegemilangan pasukan Pantai Timur itu.

Ad