Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham tampil menjelaskan keadaan susulan kekalahan pertama pasukannya di Liga Super musim ini.
The Red Warriors terpaksa menelan hakikat apabila tidak dapat mengekang kebangkitan Kuching City sekaligus tewas 1-2 di hadapan penyokong setia di Kota Bharu.
Walau bagaimanapun, Zamsaham tampil menyatakan bahawa para penyokong sendiri boleh melihat perkara tersebut dengan sebaiknya.
“Saya rasa awak nampak kesilapan yang perlu diperbetulkan dan kelebihan yang ada untuk dibawa pada perlawanan seterusnya.”
Sungguhpun mendahului perlawanan menerusi jaringan Miguel Cifuentes, ia jelas tidak cukup apabila dihukum oleh dua jaringan balas oleh anak didik Irfan Bakti.
Sebelum ini, beliau tampil berkongsikan formasi yang bakal digunakan oleh pasukan namun perancangan Kelantan berjaya disekat oleh lawan.

Ini juga bakal menjadi pengajaran yang berguna kepada naib juara Liga Perdana musim lalu untuk terus meningkatkan mutu permainan bagi menempuh musim yang panjang.