Zamsaham Hadiahkan Sebidang Tanah Kepada Staff Tanda Penghargaan
Galeri
NSTP
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizan Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham hari ini mengumumkan bahawa beliau akan menghadiahkan sebidang tanah kepada salah seorang pekerjanya.

Beliau difahamkan melakukan tindakan tersebut kepada stafnya yang bernama En Daren Eg yang difahamkan baru sahaja memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, Zamsaham difahamkan menghadiahkan sebidang tanah berukuran 8000 kps kepada En Daren kerana memeluk islam secara ikhlas dan tanpa paksaan.

Advertisements

Selain itu, hadiah ini juga merupakan salah satu usaha beliau selain menjadi tanda penghargaan untuk perkhidmatan beliau selama 7 tahun bersamanya.

Tindakan Zamsaham ini mendapat pujian para  pengikutnya sambil menyatakan bahawa ini saah satu usaha kecilnya bagi menunjukkan aikap prihatin dan kasih sayangnya kepada para pekerjanya.

Para pengikutnya juga tidak lepas untuk mendoakan dan berharap semoga segala usaha beliau dirahmati dan diterima oleh Allah taala.

Advertisements

‘Alhamdulillah, moga rezeki Tuan dan saudara baru kita dilapangkan, ‘-Kata Firdaus Awang di ruangan komen hantaran tersebut.

Sambil itu, beliau membalas segala pujian yang diterima dengan menjelaskan bahawa usahanya untuk memberitahu mengenai sedekah tersebut adalah bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah.

Pasukan miliknya kini sedang menikmati prestasi terbaik apabila berada pada tangga pertama di Liga Premier setelah mencatatkan dua kemenangan dalam dua perlawanan pertama.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram