Galeri
Advertisements

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani sesi latihan sulung mereka di Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor, petang tadi.

Kem latihan pusat sembilan hari ini disertai 28 pemain sebagai persiapan menjelang baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE, Vietnam dan Thailand di UAE pada Jun nanti.

Rata-rata pemain kelihatan berpuas hati dengan keadaan fasiliti di pusat latihan ini.

Advertisements

Antara yang menarik perhatian adalah kehadiran pemain yang berkelana di Eropah, Luqman Hakim, pemain JDT, Muhammad Ramadhan Saifullah dan pemain yang baru diberikan kerakyatan, Guilherme de Paula Lucrécio.

Gambar oleh FAM.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram