Zamsaham Jelaskan Situasi Sebenar PSPS Riau
Dunia
Zamsaham
Advertisements

Beberapa jam lepas, kecoh media sosial dengan pengumuman kelab bola sepak milik Norizam Tukiman atau Zamsaham, PSPS Riau bahawa pasukan itu dibubarkan selepas Liga 2 Indonesia dibatalkan. Ini mendorong pemilik pasukan Kelantan itu membuat penjelasan tentang isu tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebook, Zamsaham menegaskan beliau masih lagi pemilik kelab Indonesia itu dan para staf di sana masih bekerja seperti biasa. Malah, mereka juga sentiasa menghadiri mesyuarat dan kongres PSSI dan Liga Indonesia Baru (LIB).

Zamsaham percaya, tuduhan ini merupakan sebahagian daripada konspirasi kelompok tertentu untuk memaksanya melepaskan pemilikan PSPS Riau pada harga murah.

Advertisements

“Strategi menyerang dan memburukkan nama saya oleh kumpulan tertentu dengan tujuan menekan saya untuk melepaskan semula saham PSPS Riau pada harga murah. Tapi saya santai sahaja.

“Nak beli boleh tapi harganya kena sesuai, pak. Kalau harga pass (menarik), mungkin saya jual. Kalau tak, harga tak ngam, saya kekal,” katanya.

Zamsaham turut menjelaskan Liga 2 Indonesia ditangguhkan sebelum ia kemudiannya dibatalkan susulan tragedi Kanjuruhan yang meragut 135 nyawa.

Advertisements

Selain tragedi Kanjuruhan, liga tersebut turut dibatalkan oleh PSSI berikutan kesukaran menamatkan liga sebelum penganjuran Piala Dunia Bawah 20 Tahun yang bakal berlangsung pada 20 Mei ini.

Semasa liga dibatalkan, PSPS Riau menduduki tangga tercorot liga dan mengutip satu mata selepas enam perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram