Zamsaham Kongsi Rekaan Unik Jersi Home Kelantan Musim 2023

Kelantan Jersi Zamsaham Kongsi Rekaan Unik Jersi Home Kelantan Musim 2023
TRW & Zamsaham
Nik Faris @nikfalovic
11:21am 17/02/2023

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham berkongsikan rekaan unik jersi tuan rumah bagi musim 2023.

Sebelum ini, beliau sudah pun memaklumkan bahawa rekaan kali ini bakal menampilkan kelainan dan dapat memuaskan hati ramai pihak.

Hal ini terjadi apabila Zamsaham ada memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan rekaan jersi tersebut.

Berdasarkan perkongsian beliau, kelantan bakal tampil dengan baju berwarna merah dan hitam berbelang dengan logo kelab diletakkan pada bahagian tengah baju.

Kehangatan ini kian terasa apabila rekaan ini mendapat sambutan hangat daripada para penyokong The Red Warriors.

Pemilihan logo pada bahagian tengah itu jelas memberi keterujaan dan membawa pendekatan ala ‘Eropah’ yang sudah pun digunakan secara meluas di sana.

“Lawa jersi Kelantan kali ini.”

“Inilah orang kata demi lencana di dada,” ujar Ahmad Faiz.

Pelancaran jersi Kelantan dijangka akan berlangsung pada 19 Februari dan Zamsaham menjanjikan para penyokong akan berpuas hati dengan sentuhan jersi kali ini.