Zamsaham Nafi Tak Jaga Kebajikan Pemain Kelantan
Liga Super
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Susulan tindakan Kelantan merehatkan jurulatih Korea Selatan, Choi Moon-sik, pelbagai tuduhan dilemparkan oleh ejen jurulatih berkenaan, Jeong Myeong-ho terhadap pasukan itu. Antara tuduhan tersebut ialah Kelantan tidak menjaga kebajikan – satu tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham.

Ini kerana aspek ini sentiasa dititikberatkan bagi memastikan ia tidak memberi kesan kepada persembahan pasukan di atas padang. Ini termasuk kos rawatan perubatan bagi memastikan pemain-pemain The Red Warriors pulih dan kembali cergas.

“OK, gini. Kalau saya tak ambil kebajikan, anda pergi rumah Ikhwan Yazek, tanya perbelanjaan MRI itu semua siapa yang bayar. Kalau saya tak ambil kebajikan, saya takkan beritahu masa dia cedera hantar (Kervens) Belfort sampai ke hospital.

Advertisements

“Siapa yang pergi bayar Syed Sobri (Syed Mohamed), pemain kita untuk kos pembedahan? Pergi tanya dia. Cuma untuk sebahagian pemain, ada yang minta rawatan yang lebih bagus, lebih baik contohnya. Padahal kita ini cuma kelab yang biasa.

“Jadi, apa yang dia buat (itu) di luar kontrak kita. Dalam kontrak kita, kita akan menanggung (kos) RM60,000 untuk kecederaan yang dia tanggung. Tapi ada sesetengah pemain itu, ada satu pemain import, dia pergi ke satu tempat yang tiada dalam kontrak.

Advertisements

“Jadi, kita kata, ‘Boleh tapi itu di bawah tanggungan awak sendiri.’ Yang kita tanggung ini standard. Kalau saya tak jaga kebajikan pemain saya, pemain-pemain saya setiap kali perlawanan dapat makan. Kalau takde, saya tak sediakan. Bas tiada, kita carikan penajaan bas. Kita hutang kepada pemain dan kelab.

“Jadi, kalau ada kata saya tak jaga kebajikan pemain, saya rasa penolong jurulatih saya sudah bersama sejak saya ambil. Coach Rezal Zambery (Yahya), Coach Azli (Mahmood) bersama dengan saya sejak dari awal. Takde, setakat ini OK,” katanya kepada Nadi Arena hari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram