Zamsaham: Saya Nak Cari Duit Susah, Biarlah Berbaloi Dengan Kemenangan
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman tampil menjelaskan berkaitan isu tunggakan gaji yang sedang melanda pasukan Kelantan.

Beliau menjelaskan bahawa memang benar ada isu tunggakan gaji sebelum ini, bagaimanapun ia telah dilunaskan secara berperingkat dalam bulan yang sama. Beliau menegaskan semua pemain Kelantan mendapat gaji penuh seperti yang telah ditetapkan.

“Salam semua penyokong TRW yang dikasihi. Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh.”

Advertisements

Zamsaham dalam pada itu turut menafikan kenyataan tunggakan gaji sehingga mencecah dua bulan.

“Tak benar 2 bulan gaji tertunggak.Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan.”

“Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan. Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dgn kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih,” tulis Zamsaham.

Advertisements

Usahawan terkenal ini turut mengharapkan pasukan Kelantan dapat memberikan yang terbaik bagi aksi Liga Super seterusnya. Beliau sebagai pemilik sememangnya dahagakan kemenangan namun terima jika tewas dengan bermaruah.

“Untuk perlawanan minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.”

“Saya telah bayar semua gaji, takda tunggakkan dan saya janji baki gaji yang ditahan 50% semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik. Saya nak menang sebenarnya.itu ja,” kata Zamsaham.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram