Zamsaham Sedia Untuk Jual PSPS Riau Kepada Pemilik Baru
Dunia
Psps Riau
Advertisements

Selepas didesak oleh masyarakat Riau dan Curva Nord 1955 sejak beberapa bulan yang lalu, akhirnya pemilik PSPS Riau, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham bersetuju untuk melepaskan kelab tersebut kepada pemilik baru.

Namun Zamsaham hanya akan melepaskan kelab itu jika pemilik baru dapat membayar jumlah 81% saham kelab yang bersamaan dengan 15 billion rupiah iaitu kira-kira RM 4.57 juta jika ditukarkan kepada ringgit Malaysia.

“Mengenai permintaan dari masyarakat Riau dan Curva Nord 1955 khususnya untuk melepaskan semua saham milik Norizam Tukiman dan partner adalah sesuatu yang berat untuk dilaksanakan.

Advertisements

“Memandangkan Presiden kelab memegang prinsip apa yang beliau telah mulai perlu diselesaikan dan berniat ikhlas untuk memajukan prestasi PSPS Riau sejak awal.

“Namun setelah melakukan perbincangan bersama pihak atasan serta melihat faktor-faktor lain demi masyarakat Riau, Presiden kelab bersedia untuk menimbang melepaskan semua saham tersebut sejumlah 81% dengan Syarat ada pihak yang dapat membeli saham tersebut dengan nilai yang ditawarkan sejumlah Rp. 𝟭𝟱.𝟬𝟬𝟬.𝟬𝟬𝟬.𝟬𝟬𝟬 ( 15 Billion Rupiah),” jelas Pegawai Media PSPS Riau dalam muatnaik di laman instagram rasmi kelab.

Dalam masa yang sama, pegawai tersebut turut memberitahu bahawa jika tiada yang berminat untuk membeli saham kelab tersebut, pengurusan sedia ada akan meneruskan untuk menguruskan kelab sehingga selesai dan pertukaran stadium atau home base mungkin akan berlaku.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram