Zamsaham Terbuka Dengan Tawaran Ambil Alih Kelantan
Liga Super
Zamsaham
Advertisements

Walaupun sudah memberi peluang kepada mana-mana individu yang berminat mengambil alih pasukan Kelantan, tiada siapa yang menyahut cabaran pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Dan hari ini, beliau secara terbuka mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk mengemukakan tawaran.

Ini selepas masih ada suara-suara yang memintanya melepaskan pasukan berikutan prestasi buruk pasukan dalam liga musim ini. Malah, ada yang membandingkan pengurusan kelab di bawah Zamsaham dengan pengurusan di bawah figura-figura terdahulu termasuk bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

“Dalam catitan saya,saya masih kekal terbuka untuk mana-mana individu yang mampu galas tugas sebagai pemilik untuk beli TRW (The Red Warriors) ini dari saya. Setakat hari ini, tiada seorang pun hadir. Silakan, marilah runding.

Advertisements

“Silakan hadir dan e-mel ke zamsaham@gmail.com dengan bukti dana. Tak mahu sembang sahaja. Saya masih terbuka.

“Cepat munculkan diri. Saya nak bayar gaji lagi ni. Kalau saya untung, marilah jadi pemilik dan cari untung dengan bisnes bola,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Advertisements

Beliau kemudiannya mengingatkan tentang kedudukan Kelantan ketika ini selepas pengambilalihan yang dibuat pada 2020. Justeru, daripada sekadar menulis komen, Zamsaham mahu pengkritik membuktikan cakap-cakap mereka dengan melancarkan pengambilalihan ke atas pasukan tersebut.

“Saya ikhlas membina TRW sama sebagaimana saya selamatkan TRW tiga tahun lepas. Masa itu, tiada juga orang nak selamatkan. Hanya dalam tujuh hari hari, saya selesai perjanjian dan bayar deposit beli Kelantan pada 3 September 2020.

Advertisements

“Hari ni saya nak tengok. Ada tak yang berkenan. Dari Liga Perdana saya dah bawak naik ke Liga Super secara merit. Anda minta. Marilah, jangan cakap sahaja. Saya terbuka dengan tawaran,” tambahnya.

Sebaik hantaran tersebut dimuatnaik di Facebook, ramai penyokong TRW berharap Zamsaham tidak patah semangat dan terus membantu pasukan Kelantan. Malah, jika diberikan masa, mereka percaya pasukan tersebut berupaya kembali mencapai kegemilangan silamnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram