Zaquan Adha Terima Tawaran Menarik Pasukan Lembah Klang
Transfer
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Selepas sah meninggalkan Negeri Sembilan FC semalam, ramai ingin tahu destinasi terbaru bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak.

Kini, satu khabar angin perpindahan mengatakan beliau bakal beraksi bersama sebuah pasukan dari Lembah Klang.

Khabar angin ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di X semalam.

Advertisements

“Bekas kapten Harimau Malaya Zaquan Adha Abd Radzak diumumkan berpisah dengan Negeri Sembilan. Difahamkan ada tawaran menarik buat Zaquan daripada sebuah ‘pasukan’ Lembah Klang,” katanya.

Sekiranya tawaran tersebut direalisasikan, ini bukan kali pertama beliau beraksi di Lembah Klang. Ini kerana Zaquan pernah mewakili KL FA (kini KL City FC) pada 2018.

Selain Negeri Sembilan dan KL FA (kini KL City FC), beliau juga pernah mewakili Perak FC, ATM, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Kedah FA (kini Kedah Darul Aman FC (KDA FC)).

Advertisements

Musim 2023 menyaksikan Zaquan hanya merekodkan sembilan penampilan dalam semua kejohanan sebelum terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram