Zaquan Yakin Pemain Negeri Sembilan Suka Main Bola Dalam Hujan
Dunia
instagram @nsfc1923
Advertisements

Ketua pasukan Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha merasakan musim hujan yang melanda negara kini bukanlah menjadi suatu masalah yang besar buat beliau dan rakan sepasukan.

Ini kerana, bagi Zaquan sendiri, beliau melihat rakan sepasukannya sangat gemar beraksi ketika dalam keadaan hujan.

“Walaupun sekarang ini musim hujan, ia tidak menjadi masalah kepada pasukan kerana saya rasa semua pemain suka beraksi dalam hujan, apa juga keadaan cuaca kita kena teruskan saingan dan skuad juga sudah terbiasa beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan padang yang basah,” katanya.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Zaquan meluahkan keterujaan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia yang dianggap mempunyai satu persaingan yang berbeza. Setiap pasukan pasti akan memberikan segala-galanya bagi membolehkan mereka mara ke pusingan seterusnya.

“Secara peribadi saya suka saingan Piala Malaysia kerana suasana persaingan berbeza, edisi kali ini ada perlawanan timbal balik, jadi berkelebihan untuk NSFC apabila beraksi di tempat sendiri,” jelas Zaquan kepada Bernama.

Negeri Sembilan bakal menghadapi ujian pertama Piala Malaysia dengan menentang pasukan Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman pada 26 Oktober sebelum timbal balik di Stadium Paroi pada 1 November depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram