10 Aksi Pra-Musim Liga Malaysia Bakal Disiarkan Di Astro Arena
Liga Super
MakanBola/Astro Arena
Advertisements

Penyokong bola sepak negara yang dambakan aksi Liga Malaysia (Liga M) bakal bergembira selepas ini.

Ini selepas Astro Arena mengumumkan bakal membuat liputan untuk 10 aksi pra-musim Liga M dari 22 April sehingga 5 Mei ini.

Liputan aksi pra-musim pasukan-pasukan Liga M dilihat mampu menjana minat penyokong menjelang musim baru liga yang akan bermula pada bulan hadapan.

Advertisements

Menariknya, pengumuman tersebut bertepatan dengan tarikh siri perlawanan persahabatan yang diatur beberapa pasukan Liga Super.

Negeri Sembilan FC sebelum ini mengumumkan aksi persahabatan menentang KL City FC pada 22 April dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 26 April.

Sementara Pengarah Sukan Terengganu FC, Zulfadli Rozi mengumumkan dua aksi persahabatan Terengganu pada 28 April dan 3 Mei.

Advertisements

Dua aksi ini turut digunakan sebagai medan menguji keberkesanan sistem bantuan pengadil video (VAR) yang bakal diperkenalkan dalam Liga Super musim 2024-2025.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan siapa lawan yang bakal dihadapi skuad Peteh pada dua tarikh berkenaan.

Selain pengumuman liputan siaran pra-musim Liga M, Astro Arena turut mengumumkan kehadiran dua bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli dan Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai pakar bola sepak (pundit) untuk musim baru liga.

Advertisements

Berbekalkan pengalaman sebagai bekas pemain kebangsaan, Mahali dan Zaquan bakal membawa kelainan apabila membuat penilaian secara individu.

Kedua-duanya menyertai barisan pakar yang bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak seperti Safee Sali, Razman Roslan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), Shahrom Kalam, Nizaruddin Yusof dan Datuk Zainal Abidin Hassan.

Siaran Liga M musim 2024-2025 bakal dikendalikan barisan personaliti utama yang terkenal seperti Hafizal Hamad, Ahmed Shahrazad Sani dan Keeshanan Sundaresan atau Mat Stats.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram