11 Pemain Manchester United Bakal Dilelong Murah
Transfer
Manchester United
Advertisements

Pasukan gergasi England, Manchester United bakal melakukan rombakan besar-besaran membabitkan pemain skuad utama mereka.

Menurut laporan Express.co, pemegang saham baharu Manchester United, Sir Jim Ratcliffe sudah pun merancang rombakan drastik skuad pasukan utama Erik ten Hag dengan bersikap terbuka menjual seramai 11 pemain mereka.

The Red Devils berada dalam kedudukan yang tidak menentu berhubung dengan Financial Fair Play dan mahu mengumpul dana untuk mengimbangi pendapatan musim panas.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, United perlu mematuhi peraturan tersebut atau berisiko mendapat potongan mata seperti Everton dan beberapa kelab lain yang sedang disiasat.

Dana untuk dibelanjakan pada musim panas telah tersedua, namun untuk mengubah The Red Devils kembali menjadi salah satu pasukan elit Eropah, sesi pertemuan dengan beberapa pemain utama pasukan akan dilakukan untuk membincangkan hala tuju mereka.

Itu termasuk beberapa tonggak seperti Christian Eriksen, Raphael Varane, Casemiro, Harry Maguire, Scott McTominay, Aaron Wan-Bissaka dan Victor Lindelof, yang kesemuanya telah memainkan peranan besar musim ini untuk kelab.

Advertisements

Anthony Martial dijangka dilepaskan secara percuma dan United bersedia untuk mendengar serta menerima sebarang tawaran untuk Jadon Sancho, Donny Van de Beek, Facundo Pellistri dan Brandon Williams.

Manchester United yang kini dalam misi mengejar kedudukan 4 pasukan teratas bagi melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan dikejutkan dengan kekalahan 1-2 di laman sendiri kepada Fulham pada semalam (Sabtu).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram