“15 Tahun Tak Tukar Kelab, Legenda Negeri Sembilan Yang Sebenar”
Liga Super
PBMNS/Negeri Sembilan FC
Advertisements

Negeri Sembilan FC kehilangan khidmat seorang legenda selepas beliau mengumumkan persaraannya hari ini.

Legenda yang dimaksudkan ialah penjaga gol, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman. Kaharuddin atau mesra dipanggil Kahar memilih untuk menggantung but pada usia 32 tahun selepas bersama skuad Rusa selama 15 tahun.

Sepanjang bersama Negeri Sembilan, beliau telah menggondol dua Piala Malaysia, satu Piala FA, satu Liga Premier dan satu Piala Sumbangsih

Advertisements

Kahar melihat kejayaan memenangi piala bersama pasukan Negeri Sembilan adalah detik yang terbaik sepanjang kerjayanya.

Anak jati Kuala Pilah ini juga merancang untuk menjadi jurulatih penjaga gol selepas bersara sebagai pemain.

“Impian saya ingin menjadi jurulatih penjaga gol bagi pasukan Negeri Sembilan suatu hari nanti. Saya telah memberi sumbangan sebagai pemain, tiba masanya saya mencurahkan kembali segala ilmu dan pengalaman yang saya miliki kepada generasi baharu bola sepak Negeri Sembilan.

Advertisements

“Doakan saya berjaya. Pesanan saya buat pemain muda, bermainlah dengan sepenuh hati. Tanamkan keikhlasan, kejujuran dan jagalah nama baik pasukan,” katanya kepada laman sesawang Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus menyifatkan Kahar sebagai legenda satu kelab sebenar.

“Kekal setia bersama Negeri Sembilan selama 15 tahun adalah satu penghormatan. Hidup dan mati kerjaya bola sepak profesional beliau adalah bersama Negeri Sembilan.

Advertisements

“Terima kasih untuk 15 tahun yang gemilang. Legenda kelab yang sebenar. Selamat bersara, Kahar,” ujarnya.

Kahar merekodkan satu penampilan bersama skuad Rusa pada musim 2023 iaitu satu penampilan dalam Piala FA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram