Hari pertama kem latihan Harimau Malaya disertai oleh 21 pemain pada Isnin.
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe memulakan kem latihan pertama menjelang kejohanan FIFA ASEAN Cup, dengan disertai seramai 19 pemain yang melaporkan diri di salah sebuah hotel terkenal di Petaling Jaya.
Antara kelibat pemain yang mencuri perhatian peminat adalah penyerang naturalisasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan pertahanan kacukan Malaysia-Australia, Brad Tapp yang pertama kali menyertai kem negara.
Pertahanan Selangor, Harith Haiqal yang menggantikan tempat Faris Danish melapor diri bersama rakan sepasukan yang lain sementara Paulo Josue dan Syahir Bashah yang turut dipanggil saat akhir akan tiba sebelum berlepas ke Jakarta.
Dilaporkan hanya dua pemain akan berkumpul bersama pasukan di Jakarta nanti iaitu kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang berangkat dari Jepun, dan Fergus Tierney yang kini beraksi di Liga Cyprus bersama PAC Omonia.
Sesi makan malam pasukan di sebelah malam pula menyaksikan ketibaan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Ab Ghani Hassan yang turut ditemani Presiden Kehormat, Tan Sri Datuk Haji Hamidin dan Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman.
Pertemuan secara santai itu memberi peluang buat Dato’ Ab Ghani Hassan untuk beramah mesra bersama 19 pemain dan barisan kejurulatihan, selain menyampaikan amanat kepada pasukan Harimau Malaya sebelum terbang esok.
Skuad Harimau Malaya akan terbang ke Jakarta pada Selasa, bagi membuat persiapan akhir di sana menjelang sepak mula perlawanan pembukaan FIFA ASEAN Cup 2026 berdepan Bangladesh pada Jumaat ini di Stadium Gelora Bung Karno.