Paulo Josue Antara 3 Pemain Baharu Dipanggil Ke Kem Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia National Team

Penyerang Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Paulo Josue antara tiga pemain baharu yang dipanggil menyertai kem Harimau Malaya.

Jurulatih interim Malaysia, Tan Cheng Hoe memaklumkan Josue, Syahir Bashah dan Harith Haiqal Adam Afkar dipanggil bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan tiga pemain iaitu Romel Morales, Sergio Aguero dan Faris Danish Asrul.

Ketiga-tiga pemain dipanggil daripada 13 pemain yang berada dalam senarai menunggu yang diumumkan sebelum ini.

“Ya, kita ada 23 (pemain) skuad dalam pasukan dan sudah tentu kita ada tiga pemain yang mengalami kecerahan. Kita terpaksa menukarkan pemain tersebut.

“Pemain tersebut ialah Farish Danish, kita gantikan dengan Harith Haikal dan Sergio Aguero, kita ganti dengan Syahir Bashar dan Romel Morales, kita ganti dengan Paulo Josue. Yang lain kita harap dalam keadaan yang terbaik,” katanya.

Josue menyertai Bergson da Silva, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, G. Pavithran dan Fergus Tierney di bahagian serangan.

Harith Haiqal pula menyertai Dion Cools, Brad Tapp, La’Vere Corbin Ong, Daniel Ting, Quentin Cheng, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Syahmi Safari.

Syahir pula bakal bersaing dengan Hong Wan, Nazmi Faiz Mansor, Manuel Hidalgo, Nooa Laine dan Stuart Wilkin. Kem negara akan berlatih sehari di Malaysia sebelum berangkat ke Jakarta, Indonesia pada 22 September.

Malaysia akan membuka kempen FIFA ASEAN Cup dalam Kumpulan A dengan menentang Bangladesh pada 25 September ini.