Advertisements
3 Calon Pengganti Arif Aiman Hadapi India
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

3 calon berpotensi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain sayap sensasi, Arif Aiman Hanapi bagi berdepan India.

Skuad kendalian Pau Marti berada pada momentuk terbaik selepas menewaskan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1.

Malaysia kini berada di kedudukan ke-129 dengan 1,116.89 mata manakala Indonesia di kedudukan ke-130 dengan 1,115.94 mata.

Pada aksi menentant Laos, tonggak berusia 22 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Harimau Malaya dan memberi impak sepanjang 90 minit permainan.

Malaysia perlu mencari pengganti kepada posisi sayap kanan tatkala Arif dan dua lagi rakan sepasukan perlu pulang ke pangkuan kelab.

Antara calon berpotensi untuk beraksi pada posisi sayap kanan ialah Safawi Rasid. Tonggak berusia 27 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama tempoh hari namun beraksi selaku pemain tengah menyerang.

Kapten Terengganu ini juga telah beraksi dalam 13 perlawanan musim ini dan meledak tiga jaringan bersama skuad Peteh.

Pemain KL City, Haqimi Azim juga berpotensi untuk beraksi menentang pasukan ke-125 dunia itu selepas kerap kali beraksi selaku pemain sayap pada peringkat kelab.

Tonggak berusia 21 tahun itu telah turun sebanyak 13 perlawanan, menjaringkan 4 gol dan satu bantuan gol secara keseluruhan.

Seorang lagi watak yang boleh beraksi pada posisi tersebut ialah Sergio Aguero.

Pemain berusia 30 tahun itu beraksi cemerlang menentang Laos tempoh hari selain berjaya menjaringkan satu gol.

Impak yang dibawa oleh tonggak naturalisasi ini ditagih bagi memastikan skuad negara terus mencapai kemuncak prestasi.

Pertemuan antara India vs Malaysia berlangsung pada 18 November di Hyderabad.