Advertisements
Pau Marti Puas Hati, Gembira Beri Debut Kepada 3 Pemain
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente berpuas hati kerana dapat memberi penampilan pertama kepada tiga pemain dalam aksi menentang Laos.

Advertisement

Jurulatih Sepanyol itu memberi peluang kepada Zhafri Yahya, Fergus Tierney dan Fazrul Amir Md. Zaman membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa.

Zhafri beraksi dalam kesebelasan utama bersama Paulo Josue dan Nooa Laine di bahagian tengah. Manakala Tierney dan Fazrul pula masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Advertisement

Pau Marti cukup berpuas hati dengan ketiga-tiga pemain berkenaan. Ini kerana mereka berusaha menunjukkan prestasi baik demi membantu skuad negara meraih kemenangan.

“Saya gembira untuk pemain-pemain yang merekodkan (penampilan) perlawanan pertama malam ini. Pada akhirnya, mereka di sini kerana mereka perlu bermain. Saya rasa kasihan kepada pemain lain yang tidak mendapat minit permainan,” katanya dalam satu video FAM TV.

Advertisement

Pau Marti mengakui cuaca hujan lebat dan keadaan padang lecak di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) menyebabkan skuad negara mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

Advertisement

Bekas jurulatih Barcelona itu turut menyifatkan Laos lawan yang sukar. Meskipun begitu, itu tidak menghalang Harimau Malaya untuk meneruskan rentak kemenangan ke atas Million Elephants sejak 2008.

“Ya, dari segi persembahan, sukar untuk menilai. Sudah tentu kita harus dan tahu cara bermain dalam keadaan sebegini.

Advertisement

“Saya fikir bila keadaan padang jadi lebih baik, pemain-pemain kelihatan lebih selesa. Saya fikir Laos juga satu pasukan yang sukar. Mereka tampil dan mencuba yang terbaik tetapi pada akhirnya, kita mendapat keputusan yang bagus,” ujarnya.

Kemenangan 3-1 ke atas Laos bukan saja membantu Malaysia mengutip 2.97 mata ranking FIFA. Malah, kemenangan ini turut menebus kekecewaan Harimau Malaya selepas tewas 4-0 kepada New Zealand pada Oktober lalu.

Kini, tumpuan skuad negara beralih pula kepada aksi persahabatan menentang India. Aksi ini bakal berlangsung pada 18 November ini di Hyderabad.

Aksi ini dijangka digunakan India sebagai aksi balas dendam terhadap Harimau Malaya. Ini selepas The Blue Tigers kecundang kepada Malaysia dalam aksi Pestabola Merdeka 2023.