Advertisement
3 Kelab Gergasi Itali Berebut Josh Brownhill
Transfer
MakanBola
Burnley FC

3 kelab gergasi Itali dilaporkan berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kacukan Malaysia, Josh Brownhill.

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan bekas tonggak Akademi Manchester United kini menjadi buruan beberapa kelab Itali susulan prestasi hebat musim ini.

Tonggak kelahiran Warrington, England itu boleh beraksi selaku pemain tengah bertahan, pemain tengah dan juga pemain tengah menyerang bersama Burnley FC di EFL Championship musim ini.

Menerusi laporan oleh media terkemuka Itali, Calciomercato, Brownhill kini berada dalam radar tiga kelab Itali tatkala beberapa kelab besar di Eropah turut memantau rapat situasinya.

“Lazio sedang memantau rapat situasi Josh Brownhill yang sudah menjaringkan 5 gol dalam 15 penampilan musim ini.

“Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kelab lain seperti Leeds United, Celtic, Rangers, Torino dan Fiorentina yang mengikuti rapat perkembangannya,” tambah laporan tersebut.

Beliau dinilai pada tanda harga 13 Juta Euro (RM61 Juta) dan bakal menjadi pemain termahal Malaysia sekiranya menyertai skuad negara.

Brownhill mengesahkan bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi pengesahan kepada Frfuturetalents.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya mempunyai susur galur Malaysia melalui nenek saya, yang merupakan sesuatu yang amat saya banggakan.

“Walaupun saya memberi tumpuan kepada kerjaya kelab saya sehingga sekarang, kemungkinan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang saya akan terbuka untuk mempertimbangkan,” jelasnya.