Advertisement
‘Orang Kuat’ Burnley Beri Bayangan Josh Brownhill Ke Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Burnley FC

Salah seorang individu penting dalam organisasi kelab Burnley FC telah memberi bayangan kaptennya, Josh Brownhill bakal beraksi buat Malaysia.

Pemain berusia 29 tahun itu sudah lama dikaitkan dengan kehadirannya untuk membantu Harimau Malaya namun hasrat itu masih belum tercapai.

Tonggak tengah berpengalaman itu membantu Burnley untuk bersaing dalam kancah EFL Championship dan telah beraksi sebanyak 15 perlawanan dan menjaringkan 5 gol.

Pendedahan daripada laman Frfuturetalents memaklumkan bahawa bekas pemain Akademi Manchester United ini memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya mempunyai susur galur Malaysia melalui nenek saya, yang merupakan sesuatu yang amat saya banggakan.

“Walaupun saya memberi tumpuan kepada kerjaya kelab saya sehingga sekarang, kemungkinan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang saya akan terbuka untuk mempertimbangkan,” jelasnya kepada Frfuturetalents.

Khabar itu dikuatkan lagi apabila Chief of Staff Burnley FC iaitu Sean Bai yang memberi bayangan bahawa pemain itu berpotensi besar mewakili Harimau Malaya.

“Telah tiba panggilan untuk mewakili Malaysia,” katanya menerusi satu komen di laman Instagram Brownhill.

FAKE NEWS 7 'Orang Kuat' Burnley Beri Bayangan Josh Brownhill Ke Malaysia

Sean Bai merupakan bekas diplomat Singapura dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah bagi pejabat Presiden bersama kelab La Liga, Valencia CF.

Beliau juga merupakan pengurus kepada kelab Singapura, Geylang International sejak Oktober 2023 dan kini bersama Burnley FC sekaligus menjadi petanda besar buat Bronwhill menyertai Harimau Malaya.

Brownhill dinilai pada tanda harga 13 Juta Euro (RM61 Juta) dan bakal menjadi pemain termahal Malaysia sekiranya menyertai skuad negara.