3 Keutamaan Haqimi Azim Untuk Bergelar Penyerang Unggul
Inspirasi
MakanBola
Azri/MakanBola
Advertisements

Penyerang muda negara dan KL City, Haqimi Azim berkongsikan tiga keutamaan beliau untuk bergelar penyerang unggul pada musim ini.

Haqimi berjaya menjaringkan satu gol untuk KL City dalam aksi pusingan 16 Piala FA menentang Kuching City namun perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kuching City.

Advertisements

Penyerang berusia 21 tahun itu turun sebagai pemain gantian dalam dua aksi Malaysia menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei tempoh hari.

Haqimi Azim kemudian meraih kepercayaan ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac untuk membarisi kesebelasan utama pasukan ketika melawan cabaran Kuching City.

Advertisements

Haqimi mahu tampil lebih kerap dalam kesebelasan utama pasukan dan bersedia untuk memburu lebih banyak gol untuk membantu KL City.

Penyerang muda itu juga bercita-cita untuk terus menyarung jersi skuad kebangsaan negara pada masa akan datang.

Advertisements

“Pada tahun ini saya nak minit permainan dekat KL City dan saya nak jaringkan gol lebih banyak daripada tahun lepas.

“Saya juga nak call up untuk pasukan kebangsaan. Saya akan buat yang terbaik pada tahun ini untuk dipanggil oleh coach Kim Pan-gon.” ujar Haqimi Azim dalam segmen Tepi Padang MFL.

Advertisements

Haqimi Azim kini antara salah satu prospek penyerang muda tempatan yang berpeluang untuk menyinar pada masa hadapan jika terus diberikan pendedahan yang secukupnya.

News Comments Account