Advertisements
3 Lagi Pemain Dijangka Tinggalkan JDT
Transfer
MakanBola
Johor Southern Tigers

3 orang pemain ternama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan menyertai KL City FC bagi saingan musim 2024/25.

Advertisement

Setiap kelab di Liga Malaysia sedang rancak melakukan persiapan menjelang sepak mula yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.

Perkhabaran terbaru dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkenaan perancangan pasukan Ibu Kota, KL City FC.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KL City FC, Stanley Bernard memberitahu bahawa beliau kini dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan staf pasukan sebelum memasuki musim baharu.

The City Boys juga dikaitkan dengan beberapa perpindahan pemain selepas kehilangan beberapa watak penting yang memilih untuk berhijrah.

Advertisement

Menerusi laporan Astro Arena, bekas trio KL City iaitu Ryan dan Declan Lambert serta Romel Morales difahamkan berpotensi untuk kembali ke Lembah Klang.

Advertisement

“Perkhabaran yang diterima melaporkan bahawa Ryan dan Declan berpotensi untuk mengikut Declan pulang ke KL City tetapi masih 50-50,” ujar Zulhelmi kepada Astro Arena.

Laporan awal oleh Johor Southern Tigers menyatakan bahawa hanya Declan sahaja akan pulang ke KL City namun dua lagi pemain berpotensi menyusuli langkahnya.

Advertisement

Pada musim lalu, tiga pemain ini antara watak penting buat pasukan selain membantu KL City mara ke pentas akhir Piala FA 2023.