Piala Asia: Pertemuan Malaysia dan pasukan ke-91 dunia, Syria bakal menjadi medan persiapan buat para pemain sebelum melangkah ke Piala Asia tahun ini.
Harimau Malaya menamatkan penantian selama 43 tahun untuk layak secara merit ke Qatar dengan tiga cabaran berbeza bakal menjadi halangan terbesar skuad negara.
Bertemu pasukan yang cukup handal, persiapan ketua jurulatih, Kim Pan-gon bertemu Syria bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air ketika ini.
Kim juga sebelum ini sudah menyatakan hasrat untuk menjadikan perlawanan ini sebagai medan untuk menguji beberapa gandingan dan muka baharu termasuklah kelibat penyerang naturalisasi negara, Romel Morales.
Baca Lain: Aura Pemain Malaysia Mula Dirasai
Antara watak yang dijangka bakal dipertaruhkan oleh Malaysia ialah pertahanan tengah Buriram United, Dion Cools yang juga merupakan tunjang utama buat juara Liga 1 Thailand musim lalu.
Pemain yang bernilai 750,000 (RM3.8 Juta) sudah beraksi lebih 21 perlawanan musim ini dalam semua pertandingan tiba di Qatar lebih lewat susulan aksi liga yang masih berjalan.
Dion merupakan watak penting Harimau Malaya termasuklah ketika mencipta sensasi apabila meledak dua gol bertemu pasukan ke-98 dunia, Kyrgyzstan tempoh hari.
Seterusnya, bintang Malaysia kedua paling bernilai ketika ini ialah pemain sayap sensasi, Arif Aiman.
Pemain berusia 21 tahun itu dinilai pada tanda harga 550,000 Euro (RM2.8 Juta) bakal menjadi duri dalam daging buat lawan.
Arif merekodkan 4 bantuan glol ketika bertemu Kyrgyzstan dan sudah meledak 6 gol dan 5 bantuan gol bagi tahun 2023.
Pemain ketiga adalah gandingan berbisa Arif Aiman iaitu Faisal Halim juga merupakan antara watak penting buat pasukan bimbingan Kim Pan-gon.
Bintang Selangor ini merupakan pasangan terbaik di bahagian jentera serangan selepas turut merakamkan 6 gol dan 5 bantuan gol tahun ini.
Pengendali Jepun juga menganggap Syria bakal menjadi lawan yang hebat sekaligus bakal memberikan tugas besar buat Malaysia.