Ketibaan pemain Malaysia di Qatar mendapat sambutan positif daripada para peminat yang teruja untuk menyaksikan kelibat mereka di sana.
Menerusi perkongsian di laman FAM TV, para pemain kelihatan begitu bersemangat untuk turun berlatih sebagai persediaan bagi menghadapi aksi berprestij di Asia itu berbaki kurang seminggu.
Kehangatan mula terasa di sana apabila kelihatan para peminat bola sepak tanah air sudah mula tiba di sana untuk memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan.
Para peminat juga tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan para pemain di perkarangan hotel dengan beberapa pemain sempat melayan peminat yang ingin bergambar.
Antara watak yang sempat dirakam lensa FAM ialah penjaga gol, Syihan Hazmi dan Safawi Rasid sekaligus meningkatkan moral pemain untuk menghadapi kejohanan berprestij Asia tersebut.
Perkembangan lain menyaksikan kelibat pertahanan kental negara, Dion Cools menjadi watak terakhir untuk melengkapkan senarai 26 pemain ke kem latihan ousat di Qatar.
Malaysia bakal menghadapi aksi persahabatan menentang pasukan ke-91 dunia, Syria dalam satu aksi tertutup selepas hasrat bertemu sebuah kelab Qatar tidak menjadi kenyataan.
Harimau Malaya akan memulakan langkah berdepa Jordan pada 16 Januari 2024 jam 1:30 pagi waktu tempatan.