Kepulangan Malaysia Di Piala Asia Buka Mata Bekas Kapten Korea Selatan
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Lagenda bola sepak Korea Selatan, Koo Ja-cheol gembira melihat kepulangan Malaysia yang beraksi di Piala Asia 2023 tidak lama lagi.

Bekas pemain handalan Taeguk Warriors itu mengakui bahawa Harimau Malaya menjadi antara pasukan yang menarik perhatiannya selepas kembali bersaing di pentas tertinggi Asia itu.

Advertisements

Skuad bimbingan Kim Pan-gon kembali beraksi di kejohanan berprestij Asia itu selepas 43 tahun termasuklah menampilkan persembahan cemerlang pada tahun 2023.

Katanya, penampilan semula pasukan seperti Malaysia, Hong Kong dan China bakal menjadi tumpuan terutama dengan Harimau Malaya mempunyai barisan penyokong yang cukup mengujakan.

Advertisements

“Saya menganggap tindakan membesarkan pertandingan Piala Asia kepada 24 pasukan (pada 2019) menjadikan kejohanan itu sangat menarik. Ini juga memberi peluang untuk melihat persaingan antara pelbagai negara di seluruh Asia.”

“Sejujurnya, semua kumpulan kelihatan sangat menarik dan beberapa pasukan membuat kemunculan semula. Saya tidak sabar untuk menyaksikan pertandingan terutama dalam Kumpulan E membabitkan pasukan Korea Selatan.”

Kehadiran Malaysia disifatkan bakal menambah kehangatan kejohanan ini tatkala kedua-dua pasukan mempunyai sejarah dan keunikan tersendiri.

Advertisements

“Lebih-lebih lagi, saya teruja untuk melihat beberapa pasukan seperti Malaysia dan Hong Kong selain China yang terkenal dengan peminat mereka yang sangat bersemangat,” katanya kepada laman rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Harimau Malaya bakal berdepan cabaran besar di Piala Asia apabila diundi bersama juara dua kali, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Advertisements

Skuad kendalian Kim Pan Gon akan membuka kempen Piala Asia berdepan Jordan pada 16 Januari 2024 jam 1:30 pagi sebelum menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Advertisements

Bekas penjaring terbanyak Korea Selatan berharap agar negara kelahirannya dapat menjulang trofi tersebut buat kali ketiga untuk menamatkan penantian setelah sekian lama.

“Tanpa ragu-ragu saya memilih Republik Korea. Saya rasa ia sudah lama tertangguh. Pada zaman saya, matlamat kami sentiasa untuk memenangi trofi dan berpuas hati dengan apa-apa lagi, tetapi kami tidak dapat mencapai matlamat itu.”

Advertisements

“Republik Korea sentiasa memberikan persembahan cemerlang di Piala Asia AFC, tetapi kami telah lama tidak menjulang dengan gelaran itu. Jadi, saya sangat berharap kali ini kami akan membawa pulang trofi Piala Asia ini.”

News Comments Account