3 Pemain JDT Dipinjamkan Ke Kelab Liga Super
Transfer
TFC-KDA-FAM
Advertisements

Tiga pemain yang baru sahaja ditandatangani kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) akan dipinjamkan ke beberapa buah kelab Liga Super.

Tiga pemain itu ialah Azam Azmi Murad, Manuel Hidalgo dan Declan Lambert. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards pada semalam telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara ini.

Menurutnya, JDT telah menandatangani empat pemain baru iaitu Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan Lambert. Daripada empat pemain ini, tiga daripadanya dipinjamkan ke pasukan lain bagi mengharungi saingan Liga Super 2024/2025.

Advertisements

Azam Azmi dipinjamkan ke Terengganu, Manuel Hidalgo ke Sri Pahang dan Declan Lambert dipinjamkan ke KL City. Sementara Ryan Lambert pula akan menjalani latihan bersama kem JDT terlebih dahulu, sebelum dimuktamadkan destinasinya untuk saingan musim ini.

JDT dalam pada itu turut menyatakan hasrat untuk menandatangani seorang lagi penjaga gol berprofil tinggi dalam masa terdekat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram