Liga Super
Azri/MakanBola
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dilaporkan sedang memburu penjaga gol yang berprofil tinggi. 

Advertisements

Menurut kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards, menyatakan Harimau Selatan ketika ini dalam perbincangan untuk menandatangani penjaga gol baharu. 

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan Lambert. Kami juga dalam perbincangan untuk menandatangani seorang penjaga gol,” katanya dalam kenyataan di media rasmi JDT.

Advertisements

Kini, persaingan penjaga gol JDT semakin rancak. Kedudukan penjaga gol utama ketika ini, Syihan Azmi pastinya tergugat ditambah dengan penjaga gol berpengalaman di dalam skuad, Farizal Marlias.

Jika kehadiran penjaga gol baharu berprofil tinggi sah ke JDT, pastinya memberi banyak kelebihan buat pasukan untuk menghadapi musim bahru bagi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.

Advertisements
Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram